Apa itu heavy metal.......satu hiburan or kajian?

|

            Dalam kehidupan kita yang serba mencabar pada masa ini terkadang kita menoleh kebelakang melihat pengalaman dan kenangan lalu yang boleh dijadikan sempadan dalam meneruskan kehidupan. Pengalaman pahit dan  manis merupakan perkara yang sering ditempohi malah diingati dalam proses perjalanan kehidupan ini. Imbas kembali pada usia remaja saya, semasa dialam persekolahan menengah dahulu, memang menjadi budaya atau hiburan ketika itu ialah pengaruh hiburan kumpulan ROCK yang sering dikenali sebagai kumpulan HEAVY METAL di seluruh dunia. Yang uniknya ketika itu dan seera itu perubahaan iklim hiburan dirantau asia juga seolah sama.


Kemunculan artis dan Kumpulan Band rock di Malaysia, Jepun, Geraman , Europe seolah petanda budaya seni tumbuh segar kerana ketika itu seolah anak muda ketika itu mempunyai keupayaan seni muzik dalam pengunaan alat muzik, mencipta lagu, mengubah lirik malah mempunyai gaya tersendiri dalam persembahan. Seingat saya kumpulan rock yang menjadi siulan anak muada seperti Scorpions, Dio, Iron Maiden, Loudness dll di luar negara banyak membantu kumpulan rock di Malaysia lahir seperti SEARCH, WINGS,MAY dan lain lain lagi.
 Gaya pakaian, penampilan ketika itu banyak membantu kepada perkembangan fesyen ketika itu, malah hampir kebanyakan anak muda dengan pakaian seluar ketat dan rambut panjang merupakan perkara biasa dalam kehidupan seharian. Kini zaman sudah berubah, era 80an lalu sekadar kenangan yang dapat dilihat melalui foto dan sejarah tetapi yang pasti muzik yang terhasil ketika itu sungguh unik jika dimain ketika ini seolah mengiringi seribu kenangan silam. Walaupun ketika dulu perkataan Heavy Metal senonim dengan perubahan iklim anak muda ketika itu, kini perubahaan zaman informasi dan teknologi sedikit sebanyak mengubah landskap kehidupan masakini.

    Perkataan Heavy Metal ini telah  saya guna kembali berhubung kajian ketika ini. Dari nama rentak muzik Heavy Metal terhadap mutu muzik ketika itu kepada nama sifat bahan logam yang dipelajari dimasa sekolah dan alam universiti. Malah ia mengaitkan mutu kualiti kehidupan berhubung pengunaan heavy metal dalam industri dan kehidupan harian. Kini perkataan ini menjadi salah satu topik kajian saya bersama teman pensyarah lain di tempat kerja ketika ini. Mmg unik heavy metal sentiasa memberi kesan dalam kehidupan.
                                         Pencemaran Heavy Metals di Malaysia




Antara workshop, talks,consultation dan mesyuarat agung...

|

Terkadang dlm perancangan aktiviti seharian tanpa disedari kita terjebak dlm aktiviti  atau perkara lain yang tidak dapat dielakkan. Walsupun pada perancangan asal kita ingin memenuhi sktihiti mingguan yg sempurna dan jika perkara lsin yg hadir membuatksn kita tidak biss menafiksn keperluan ini.
Isu no 1

Mengejar dateline...

|

Fuhh..nak tidor pun tak senang...dah ada dateline...kena lah siapkan...Boss dok tunggu aje
kat bilik dia tak bawa barang yang ditunggu...dateline berikut tak taulah nanti..
Mudah-mudahan dipermudahkanNYA..amin

Open house minggu kedua di jepun

|

Semalaman buat kerja kat lab dengan dua laptop..satu utk kerja..satu dengan internet...lab hidup sampai jam 12 aje..lepas tu sorang-sorang sampai subuh...lepas cerah jam 7 baru balik rumah...makan sarap dan rehat sebelum join open house kat international house oleh budak bujang toyohashi university of technology..macam-macam ada dari western menu kebab, nasi impit,rendang, kueh raya, mee hon sup dan kek...student mesia tak lah ramai kerana ramai yang pulang cuti di mesia dan masih belum pulang ke kampus...sempat berbual denga ex toyohashi yang join dan selepas asar berangkat ke rumah opeh house
kedua di Fujimidai area..keluarga ainun dan ayasir berbesar hari menjemput jiran tetanga dan anak mesia jugak walaupun just meraikan open house di international house., selepas maghrib rehat dan after isyak..bergegas pula ke lab untuk menyambung kerja pernulisan yang tertinggal...mmg masa sehari berjalan begitu pantas sekali..

Sebulan di bumi sakura 15sept-14oct

|

mmg lama tak update blog nie..terlalu bersawang...balik mesia may lalu terus bertugas kat usm engineering, nibong tebal...masa berlalu mmg pantas..tup...tup lemas raya ke tiga dah kena flight balik bumi sakura...dah terpaksa...hari nie dah nak masuk 2 minggu kat sini..banyak benda dah  buat,dok buat dan akan buat..open house pun dah banyak join..alhamdulillah rezeki dok sorang...tapi kebanyakkan masa habiskan dalam lab aje...nanti balik USM kena establish researach dan lab sendiri
student dah ada untuk buat researach...cuma sibuk dengan pengajaran dan masa untuk research agak terhad oleh kerana suasana malaysia bukan sama seperi di bumi sakura...walau bagaimanapun strategi seperti biasa akan dibuat dengan lancar....mudahan baki umur di bumi sakura ini sedikit sebanyak dapat menafaatkan diri dan makhluk sekelilingnya....
Related Posts with Thumbnails