Apa itu heavy metal.......satu hiburan or kajian?

|

            Dalam kehidupan kita yang serba mencabar pada masa ini terkadang kita menoleh kebelakang melihat pengalaman dan kenangan lalu yang boleh dijadikan sempadan dalam meneruskan kehidupan. Pengalaman pahit dan  manis merupakan perkara yang sering ditempohi malah diingati dalam proses perjalanan kehidupan ini. Imbas kembali pada usia remaja saya, semasa dialam persekolahan menengah dahulu, memang menjadi budaya atau hiburan ketika itu ialah pengaruh hiburan kumpulan ROCK yang sering dikenali sebagai kumpulan HEAVY METAL di seluruh dunia. Yang uniknya ketika itu dan seera itu perubahaan iklim hiburan dirantau asia juga seolah sama.


Kemunculan artis dan Kumpulan Band rock di Malaysia, Jepun, Geraman , Europe seolah petanda budaya seni tumbuh segar kerana ketika itu seolah anak muda ketika itu mempunyai keupayaan seni muzik dalam pengunaan alat muzik, mencipta lagu, mengubah lirik malah mempunyai gaya tersendiri dalam persembahan. Seingat saya kumpulan rock yang menjadi siulan anak muada seperti Scorpions, Dio, Iron Maiden, Loudness dll di luar negara banyak membantu kumpulan rock di Malaysia lahir seperti SEARCH, WINGS,MAY dan lain lain lagi.
 Gaya pakaian, penampilan ketika itu banyak membantu kepada perkembangan fesyen ketika itu, malah hampir kebanyakan anak muda dengan pakaian seluar ketat dan rambut panjang merupakan perkara biasa dalam kehidupan seharian. Kini zaman sudah berubah, era 80an lalu sekadar kenangan yang dapat dilihat melalui foto dan sejarah tetapi yang pasti muzik yang terhasil ketika itu sungguh unik jika dimain ketika ini seolah mengiringi seribu kenangan silam. Walaupun ketika dulu perkataan Heavy Metal senonim dengan perubahan iklim anak muda ketika itu, kini perubahaan zaman informasi dan teknologi sedikit sebanyak mengubah landskap kehidupan masakini.

    Perkataan Heavy Metal ini telah  saya guna kembali berhubung kajian ketika ini. Dari nama rentak muzik Heavy Metal terhadap mutu muzik ketika itu kepada nama sifat bahan logam yang dipelajari dimasa sekolah dan alam universiti. Malah ia mengaitkan mutu kualiti kehidupan berhubung pengunaan heavy metal dalam industri dan kehidupan harian. Kini perkataan ini menjadi salah satu topik kajian saya bersama teman pensyarah lain di tempat kerja ketika ini. Mmg unik heavy metal sentiasa memberi kesan dalam kehidupan.
                                         Pencemaran Heavy Metals di Malaysia




Related Posts with Thumbnails