Semalam selepas berbuka(24hb Ramadhan),badan acu yang setahun 2 bulan terasa
kelainan dari kebiasaannya.Hari sebelum nie agak aktif mengesut dan gagah utk
memanjat di sofa,tetiba kelesuaan dan terbaring dengan suhu badan menjejah 39.3 celcius.
Tanpa melengah aku bersiap sedia untuk membawanya ke Shimin Byoin(GH) tempat
kelahiran prematurenya dulu,..tempat ini tidak asing bagi Acu...malah tahun kelmarin
pun acu telah 2kali menginap akibat kaze(flu) selama 2 minggu dan seminggu.
Hari nie Acu memasukinya lagi untuk bulan ramadhan nie....semoga acu cepat sembuh
dah sempat berhari raya dirumah pada minggu hadapan.
0 ulasan:
コメントを投稿