Dari semalam kondisi seki dan tan Acu agak banyak,ibu terpaksa
bangun beberapa kali untuk melayani kesihatan Acu.Ketika abah
pulang sebelum Fajar pun ibu baru saja terlelap sekejap dan agak
letih kerana tidak jerap tidur...tugas seorang ibu sememangnya
berat dalam melayan kerenah anak-anak ketika sakit.Lepas solat
subuh ibu terus bergegas kedapur menyiapkan sarapan dan bento
untuk Along dan Alang.Along kebiasaannya selepas solat subuh
akan menyusun buku untuk persiapan ke sekolah dan akan melihat
shukudai yang tertinggal untuk dibereskan.Sementara Acik dan
Alang masih dibuai mimpi.Acu kerana kurang selesa pada hidung
dan tekak terus jaga apabila Along melayan GAME pokemon dia
berselebahan Acu.Abah sekadar melihat perangai anak yang sulung
dan yang bongsu..sambil melayan e-mail dirumah.Oleh kerana
Acu agak kurang sihat...terpaksa sekali lagi ke panel clinic untuk
ubat dan rawatan..Acu mmg tahu apa yang nak dibuat..ketika Doc
minta dibuka mulut..dia menutup dengan erat..tapi oleh kerana
force tangan abah..maka doc berhasil untuk melihat..Kebetulan hari
shopping day...abah pun bersama ibu dan acik serta acu berempat
untuk berbelanjakeperluan dapur...Mmg hari begini org berpusu
ketempat yang menawar jualan diskaun.
0 ulasan:
コメントを投稿