
Cuaca kelmarin yang hujan sepanjang hari agak
menjejaskan pergerakan aktiviti hujung minggu.
Walaupun begitu,seperti yang telah abah janjikan
pada 3A utk membawa ke klinik ia sempat dibuat
sebelum tamat waktu rawatan hujung minggu
yang hanya separuh hari dari hari biasa.Agak
ramai jugak pesakit yang ada pada ketika abah dan
3A tiba disana.Selepas 20 minit menunggu,giliran
Along andAcik pun tiba.Selepas pulang dari clinic
sempat singgah ke kedai Buku dan Supermarket
utk keperluan harian.Oleh kerana ada festival
tertentu,banyak tawaran murah dibuat pada
kebanyakan barang jualan semalam.Abah apalagi
terus ambil peluang purchase items yg agak murah
dari kebiasaan.Sekurangnya separuh dari harga
asal utk air minuman dan buah-buahan.Selesai
bershopping terus plang kerumah.Selepas zohor
keluarga semua berehat dirumah sambil melayan
tv,game dan internet.
Pada waktu yang sama di malaysia,adik yang kecil,
terakhir dalam keluarga selamat diijabkabulkan
bersama anak jiran sekampung yang dikenali sejak
dibangku sekolah lagi.Semasa berbual dengan mak
dan pengantin baru, terdengar suasana keriuhan
perbualan sanak saudara terdekat yang hadir di
majlis tersebut.Sekadar sempat mengucapkan tahniah
dan salam utk semua dari jauh.Majlis kenduri perkahwinan
akan dibuat pada hujung minggu hadapan...Selamat
Pengantin baru paksu...mudahan berbahagia selalu.
Selepas panggilan dibuat,4A semua dah menunjukkan
tanda tanda nak rehat awal pada malam hari kerana
waktu sekarang,waktu malam bermula awal selepas jam
5.00 pm.So selepas isyak jam 6.30pm semua dah ngantuk.
0 ulasan:
コメントを投稿