Istimak Pelajar Islam di Jepun

|

Semalam program Istimak(Perhimpunan Pelajar Islam)di Jepun berlangsung di Masjid Anjo,Aichi.Seramai 20 wakil pelajar dari Universiti telah melaporkan kegiatan dakwah dan perkembangan kehidupan orang Islam dikawasan masing-masing.Alhamdulillah, sekitar 300~400 orang telah menghadiri perhimpunan ini.Bangunan masjid 3 tingkat dipenuhi dengan pelajar, training student dan orang tempatan dari pelbagai negara.Sempat bertemu kembali dengan teman lama 10 tahun lalu dari Kyoto University,Tokyo University dan
university seluruh jepun lain...ada yang telah bergelar Professor, Doktor dan sebagainya.Bermula dari kegitan laporan student sehingga ceramah dari
Japan Muslim brothers yang penuh perasaan menyampaikan ceramah.Hampir 15orang jepun Islam menghadiri program ini.Dari Toyohashi 4 kereta dengan 20orang lebih pelajar termasuk trainer(indonesia)...Pelajar pelbagai negara dari toyohashi..malaysia,indonesia,uzbek,senegal,bangladesh sempat hadir
dari jemaah toyohashi...InsyaALLAH..pada pagi ini pelajar yang telah beri azam untuk melapangkan diri Quruj terutama cuti hujung tahun akan bertolak
ke destinasi yang diputuskan...semoga dengan pergorbanan kita yang sedikit ini agama dapat subur didalam hidup kita dan hidayah untuk seluruh alam...amin..
Related Posts with Thumbnails