Jadikan hari anda hari yang hebat
"Tahukah anda bahawa permulaan hari baru anda dipengaruhi oleh sikap
anda sewaktu anda mula terkejut dari tidur.,
Tidur merupakan mati yang sementara di mana sewaktu kita tidur Allah
memegang nyawa kita dan Dia kembalikannya nyawa kita lalu kita
terjaga dari tidur
Apakah sikap anda sewaktu terjaga dari tidur? Adakah anda bangun
dalam keadaan lesu, atau tiba-tiba terfikirkan masalah dan bebanan
yang digalas tiada berkesudahan?
Apabila anda bangkit dengan perasaan yang tidak bersemangat maka
situasi ini akan menggangu mood dan emosi sepanjang hari dan
berlanjutan sepanjang hidup anda.
Bermula hari anda dengan rasa tertekan , sedih dan tidak bersemangat
menyebabkan keadaan ini akan terbawa-bawa sepanjang hari anda pada
hari tersebut dan anda benar-benar rasa tidak bersemangat, rasa
malas dan rasa hidup yang penuh kebosanan yang mana sikap ini akan
sering menjadikan anda adalah dalam golongan orang yang gagal.
Apa yang patut anda lakukan untuk kehidupan yang lebih ceria,
bahagia dan penuh bermakna ialah apabila bangkit dari tidur anda
perlu mengucapkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana anda
terlalu istimewa pada hari itu kerana anda masih lagi bernyawa dan
sihat tubuh badan.
Doa bangun tidur mesti dilafazkan yang bermaksud Segala puji bagi
Allah yang telah menghidupkan aku dari mati dan padanya jua aku
dikembalikan.
Apa perasaan anda jika anda berada di tengah-tengah lautan tiba-tiba
kapal yang anda tumpangi dihempas badai yang amat kuat dan kapal
anda hampir-hampir akan tenggelam. Dalam keadaan huru hara dan
malapetaka yang besar anda benar-benar bermohon pada Allah memohon
diri anda diselamatkan. Akhirnya doa anda dimakbulkan dan anda
terselamat dari badai dan akhirnya anda berada di daratan...masih
lagi dapat meneruskan kehidupan.. ah ..alangkah indahnya suatu
perasaan kesyukuran yang amat sangat. Begitulah anda benar-benar
menghargai sebuah kehidupan!
Begitulah yang patut anda rasa setiap kali terkejut dari tidur
kerana anda masih lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan bagi
perjuangan anda untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dan memohon
keampunan pada Allah kerana apabila nyawa telah sampai ke halkum
maka pintu taubat telah tertutup.
Senyumlah sewaktu anda bangun dari tidur dan genggamlah kedua-dua
tangan anda berazam untuk melakukan yang terbaik untuk diri anda
pada hari itu Bangunlah dengan penuh motivasi dan
bersemangat.Mandikanlah minda anda dengan kata-kata positif. Emosi
yang positif akan mengecas tubuh badan anda seterusnya mengalirkan
bendalir penawar dalam tubuh anda.
Rasakan kehebatan dapat memiliki nyawa (kehidupan) itu. Setiap hari
adalah hari yang baru penuh dengan sinar dari Allah yang memancar ke
dalam jiwa anda.
Selepas menunaikan solat subuh hendaklah anda menikmati hidangan
bagi roh anda iaitu zikir, istiqfar dan membaca ayat-ayat suci Al
Quraan. Rasakanlah nikmat hidangan dari Allah yang akan membuatkan
roh anda kenyang dan kuat dan hari tersebut menjadikan anda benar-
benar bersemangat, ceria dan yang penting anda menjadi INSAN YANG
TAHU BERSYUKUR KERANA ANDA AKAN KEMBALI ke TEMPAT ASAL DALAM
MEMPEROLEHI KEREDHAAN ALLAH. jumpa lagi salam penuh kasih sayang
dari hati kerdil ini"
登録:
コメントの投稿 (Atom)
0 ulasan:
コメントを投稿