Teknik luarbiasa kawal emosi anda
"Suasana emosi adalah bergantung kepada "mood" yang dicipta oleh minda
separa sedar secara automatis akibat respon dari peristiwa yang
dialami oleh 5 pancaindera anda
Misalnya anda kecewa tidak memperolehi sesuatu atau sesuatu yang buruk
atau anda tidak suka terjadi pada diri anda. Emosi yang negatif ini
sebenarnya adalah berbentuk tenaga getaran yang menghasilkan gelombang
seterusnya akan dipancarkan pada sistem kimiawi badan
anda(BIOCHEMICAL) . "Biokimia sedih" akan memenuhi sel-sel darah anda
seterusnya akan ditafsirkan atau diinterpretasikan oleh minda separa
sedar. Ingat kuasa minda separa sedar adalah 90% kali ganda berbanding
10% dari minda sedar yang kita sering kita guna.Hasilnya anda berasa
tidak selesa dan anda akan berkata mood anda tidak baik.
Emosi anda sebenarnya berkomunikasi dengan gambaran minda yang
terpancar pada skrin otak dan akan dimainkan secara berulang-ulang
secara automatis dan anda tidak dapat mengawalnya. Gambaran ini akan
berputar dengan sendirinya kadang-kadang sehingga berbulan-bulan
lamanya. Kesanya berlakulah kemurungan yang melampau.
Bagaimana cara untuk mengatasinya? TERIMA DENGAN REDHA HATI
BERIMAN DENGAN QADA DAN QADHA ALLAH kerana apa sahaja yang berlaku
buruk dan baik adalah datang dari ALLAH. SEMUANYA ADA HIKMAH DI
SEBALIKNYA.
Seterusnya TANAMKAN SIFAT SABAR.
Dari segi teknik mengawal emosi pula ialah dengan melakukan meditasi
untuk menghancurkan gambaran negatif seterusnya memasukkan gambaran
positif yang berupakan harapan kita pada masa akan datang tetapi
nikmatnya kita telah 'merasakan ' sekarang.
Kaedah ini bermula dengan azam dan tekad anda untuk melakukannya.
Cara tempat yang tenang . Mulakan dengan pernafasan teratur. Kedua-dua
ibu jari memicit jari penunjuk sambil luruskan 3 jari lain di kedua
belah tangan.Sedut nafas dalam kiraan 6 dan tahan 3 serta hembus nafas
kiraan 6. Sambil itu katakan pada diri anda Aku tenang dan semakin
tenang. aku selesa dan semakin selesa atau apa sahaja supaya minda
anda dapat berehat. Lakukan berulang kali sehingga anda berasa amat
tenang dan tenteram.
Dalam situasi ini anda berada di dalam gelombang alpha (SANTAI) dan
anda berupaya untuk mengawal minda separa sedar anda secara paling
maksimum.
Arahkan minda anda untuk mengambarkan sesuatu yang anda tidak suka.
Jelaskan gambaran tersebut. Dengarkan suara dalaman anda dan rasakan
perasaan emosi tersebut.
Katakan dengan izin Allah aku redha apa sahaja ketentuan Allah. Apa
yang berlaku pada diriku adalah dari kasih sayang Allah yang tidak
terhingga dan aku terima sepenuh hati dan aku redha lepaskan gambaran
ini pergi jauh dengan izin Allah. Anda akan lihat gambaran tersebut
pergi jauh meninggalkan anda sehingga gambaran itu berupa titik kecil
dan hilang kembali pada PENCIPTANYA.
Sekarang inilah masanya anda wujudkan gambaran harapan baru yang anda
inginkan terjadi pada diri anda. Bermula dengan satu gambaran titik
kecil dan semakin membesar menghampiri anda dari Sang Pencipta. Anda
dapat lihat kegembiraan anda. Anda dapat dengar kegembiraan anda dan
anda dapat rasakan emosi positif tersebut sehinggakan anda benar-benar
rasa ingin memanjatkan kesyukuran pada PENCIPTA. Satu gelombang tenaga
positif akan memenuhi setiap sela darah anda . Anda akan merasakan
satu kehebatan dan keajaiban yang amat sangat.
InsyaAllah anda telah pun melakukan satu HUKUM TARIKAN. DAN ANDA
BERHAK UNTUK MENDAPAT APA YANG ANDA IMPIKAN JIKA ITU ADALAH YANG
TERBAIK untuk anda menurut ketentuan ALLAH. ULANGKAN SEBERAPA KERAP
SEHINGGA ANDA BENAR-BENAR MEMILIKINYA NANTI.
登録:
コメントの投稿 (Atom)
0 ulasan:
コメントを投稿